Rabu, 5 Oktober 2022

PENYAMPAIAN HADIAH KEMPEN AMALAN BAIK SSDM 2022

Pada 3 Oktober 2022 bersamaan hari Isnin Penyampaian Hadiah bagi Kempen Amalan Baik tahun 2022 telah diadakan sewaktu perhimpunan pagi. Kali ini menyampaian hadiah diberi kepada empat murid yang paling banyak membuat amalan baik pagi bulan Ogos dan empat orang lagi bagi bulan September 2022.

Pn. Jazilah telah diberi hadiah sebagai pengguna aktif sistem SSDM bagi bulan Ogos dan Pn. Bibi Aisyah bagi bulan September 2022.

Pada yang sama juga Anugerah Kelas Terbersih dan Ceria juga dijalankan. Kelas 2 Ibnu Battuta telah memenangi anugerah ini bagi Minggu Ke-27 ( 26-30 September 2022 )


Penerima Sijil dan Hadiah Amalan Baik



Penerima Anugerah Kelas Terbersih dan Ceria Minggu Ke-27

Selasa, 13 September 2022

KEMPEN AMALAN BAIK SSDM 2022

12 SEPTEMBER 2022 ( ISNIN )- 

Penyerahan sijil dan hadiah iringan kepada 16 orang murid yang paling banyak melakukan amalan baik sepanjang bulan  April , Mei , Jun dan Julai. Penyerahan sijil dan hadiah iringan juga diberi kepada empat orang guru yang paling aktif dalam Sistem Amalan Baik Murid ( SSDM ) bulan April hingga Julai.










KEHADIRAN PENUH 100% ( Mac-Jun 2022 )

Tarikh : 12 September 2022 ( Isnin )
Majlis penyerahan sijil dan hadiah iringan kepada 16 orang murid yang hadir 100% sepanjang bulan Mac hingga bulan Jun. Syabas dan tahniah kepada semua penerima . Semoga menjadi ikutan kepada murid-murid yang lain.













Selasa, 2 Ogos 2022

PELANCARAN PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN

Pelancaran telah diadakan pada 1 Ogos 2022 bersamaan hari Isnin. Program ini adalah anjuran unit Kebersihan , keceriaan dan keselamatan sekolah ( 3K ) . En. Zulkifly bin Mansor , Guru Besar SK Seri Mendapat telah merasmikan program ini.

Antara objektif pertandingan ini ialah:

1. Wewujudkan bilik darjah yang bersih dan ceria.

2. Membina kreativiti pelajar dalam melahirkan idea untuk mewujudkan kelas bersih 

    dan ceria.

3. Memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar seperti bekerjasama,

    saling bermuafakat dan tolong-menolong.

4. Menyemai perasaan sayang kepada bilik darjah dan menyumbang kepada 

    pengurusan dan kebersihan bilik tersebut.

5. Membentuk perlakuan lazim yang sentiasa mengutamakan kebersihan.

6. Mewujudkan suasana sekolah yang selamat, aman, selesa, menggembirakan, 

    membina dan inklusif ke arah mencapai kesejahteraan masyarakat. Selaras 

    dengan konsep Sekolahku Sejahtera





 





 

Ahad, 24 Julai 2022

PROGRAM MOTIVASI DAN PEMANTAPAN SAHSIAH PEMIMPIN KECIL SKSM 2022

Program telah diadakan pada 23 Julai 2022 bersamaan hari Sabtu bertempat di Dewan Syura SK Seri Mendapat.  Program bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 tengah hari.

Dua orang penceramah jemputan telah dijemput untuk menjayakan program ini. Penceramah tersebut ialah SI AZMAN BIN KHAMIS dari  Bahagian Integriti Dan Pematuhan Standard ( Bips ), Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, dan ENCIK ABDUL KADIR BIN HAMIDUN , Guru Kaunseling SK Datuk Hj Baginda. En. Zulkifly bin Mansor Guru Besar SK Seri Mendapat telah menutup program pada hari in.





Perasmian Penutupan : En. Zulkifly Mansor




 



 











Selasa, 19 Julai 2022

MESYUARAT HEM BIL 2 / 2022

Mesyuarat HEM bil 2 / 2022 telah diadakan pada 7 Julai 2022 bersamaan hari Khamis. Mesyuarat bertujuan membentangkan laporan aktiviti hem bagi penggal pertama serta merancang aktiviti hem bagi penggal dua persekolahan.








Mesyuarat Pemilihan Murid Pra Sekolah bagi sesi persekolahan 2023

Mesyuarat pemilihan telah diadakan pada Isnin 18 Julai 2022 di Al Khawarizmi SK Seri Mendapat. En. Zulkifly Mansor Guru Besar SK Seri Mendapat telah mempengerusikan mesyuarat ini. Cikgu Suhaimi sebagai guru pra sekolah telah membentangkan senarrai nama untuk dibuat pemilihan. 



Pelancaran Kempen Sayangi Buku Teks

Pelancaran diadakan pada 18 Julai 2022 bersamaan hari Isnin di tapak perhimpuan. Pn. Mastura penyelaras SPBT telah memberikan taklimat kempen ini. Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang minggu ke-17 ini. En. Zulkifly Mansor selaku Guru Besar SKSM telah merasmikan kempen ini. Sebagai gimik pelancaran barisan pentadbir telah menunjukkan demo membalut buku.











Sabtu, 2 Julai 2022

PROGRAM KITAR SEMULA KOTAK MINUMAN

Program ini telah diadakah di Dewan Syura SK Seri Mendapat pada Jumaat , 1 Julai 2022 . Program bermula pada pukul 8.00 hingga pukul 8.50 pagi . En. Raja Hisham Aleef Bin Raja Hishamuddin dari  Syarikat Tetra Pak Malaysia telah menyampaikan ceramah dalam program ini. 
Antara tujuan ceramah diadalah adalah untuk :-

1. Memberi pendedahan dan mengetahuan kepada

    murid tentang tanggungjawab  menjaga alam sekitar

    melalui kitar semula barangan buangan.

2. Memberi pengetahuan tentang cara kitar semula kotak

    minuman melalui kaedah 4F ( Fit ,Flip ,Flap dan Flat ).

3. Mengetahui cara terbaik kitar semula melalui kaedah

     5R ( Rethink ,Repair, Reduce ,Reuse ,Recycle ).