Sabtu, 25 September 2021

 SUMBANGAN KEPADA ANAK YATIM

Terima kasih yang tidak terhingga kepada En. Mohd Yazam bin Mamat yang memberi sumbangan kepada anak-anak yatim dari SK Seri Mendapat. Sumbangan telah diterima oleh Guru Besar En. Zulkifly bin Mansor pada 24 September 2021 bersamaan hari Jumaat. 

Semoga ada lagi ahli masyarakat yang ingin menyumbangkan sesuatu kepada pihak sekolah.

Terima kasih daun keladi.





 SUMBANGAN NANOSPRAYER

Terima kasih kepada Sahabat dan Kejiranan Penduduk Taman Pesona Merlimau yang telah menyumbangkan sebuah alat  Alat Nanospayer kepada pihak sekolah. Sumbangan telah diterima oleh guru besar En. Zulkifly bin Mansor pada 20 September yang lalu.





 SUMBANGAN BAKUL MAKANAN SIRI KE-3

Sumbangan bakul makanan pada kali ini telah disumbangkan kepada warga sekolah yang terjejas akibat pendemik Covid19. Penerima terdiri daripada murid, AKP , Pengawal Keselamatan dan pekerja pembersihan.

Terima kasih kepada guru-guru yang menyumbangkan peruntukan bagi membeli barangan bakul makanan ini.

#biarsedikitasalkanbermakna