Ahad, 31 Julai 2022
Ahad, 24 Julai 2022
PROGRAM MOTIVASI DAN PEMANTAPAN SAHSIAH PEMIMPIN KECIL SKSM 2022
Program telah diadakan pada 23 Julai 2022 bersamaan hari Sabtu bertempat di Dewan Syura SK Seri Mendapat. Program bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 tengah hari.
Dua orang penceramah jemputan telah dijemput untuk menjayakan program ini. Penceramah tersebut ialah SI AZMAN BIN KHAMIS dari Bahagian Integriti Dan Pematuhan Standard ( Bips ), Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, dan ENCIK ABDUL KADIR BIN HAMIDUN , Guru Kaunseling SK Datuk Hj Baginda. En. Zulkifly bin Mansor Guru Besar SK Seri Mendapat telah menutup program pada hari in.
Perasmian Penutupan : En. Zulkifly Mansor |
Selasa, 19 Julai 2022
MESYUARAT HEM BIL 2 / 2022
Mesyuarat HEM bil 2 / 2022 telah diadakan pada 7 Julai 2022 bersamaan hari Khamis. Mesyuarat bertujuan membentangkan laporan aktiviti hem bagi penggal pertama serta merancang aktiviti hem bagi penggal dua persekolahan.
Mesyuarat Pemilihan Murid Pra Sekolah bagi sesi persekolahan 2023
Mesyuarat pemilihan telah diadakan pada Isnin 18 Julai 2022 di Al Khawarizmi SK Seri Mendapat. En. Zulkifly Mansor Guru Besar SK Seri Mendapat telah mempengerusikan mesyuarat ini. Cikgu Suhaimi sebagai guru pra sekolah telah membentangkan senarrai nama untuk dibuat pemilihan.
Pelancaran Kempen Sayangi Buku Teks
Pelancaran diadakan pada 18 Julai 2022 bersamaan hari Isnin di tapak perhimpuan. Pn. Mastura penyelaras SPBT telah memberikan taklimat kempen ini. Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang minggu ke-17 ini. En. Zulkifly Mansor selaku Guru Besar SKSM telah merasmikan kempen ini. Sebagai gimik pelancaran barisan pentadbir telah menunjukkan demo membalut buku.
Sabtu, 2 Julai 2022
PROGRAM KITAR SEMULA KOTAK MINUMAN
1. Memberi
pendedahan dan mengetahuan kepada
murid
tentang tanggungjawab menjaga alam
sekitar
melalui kitar semula barangan buangan.
2. Memberi pengetahuan
tentang cara kitar semula kotak
minuman melalui kaedah 4F ( Fit ,Flip ,Flap
dan Flat ).
3. Mengetahui
cara terbaik kitar semula melalui kaedah
LATIHAN KEBAKARAN BIL 1/2022
LATIHAN KEBAKARAN BIL 1/2022 telah diadakan pada Khamis , 29 Jun 2022.
Antara tujuan program adalah seperti berikut:
1. Menambahkan pengetahuan dan pengalaman kepada murid kaedah
menyelamatkan diri ketika kebakaran /kecemasan
2. Meluaskan minda dan pemikiran terhadap kaedah yang sistematik
dalam menyelamatkan diri dan mencegah risiko kebakaran
3. Murid berupaya menjalani latihan menyelamat dengan penuh disiplin.
-
Pejabat Pendidikan Daerah Jasin telah menyumbangkan tiga buah beg sekolah kepada pelajar SK Seri Mendapat. Sumbangan telah disampaikan oleh ...
-
Mesyuarat kantin bagi tahun 2021 telah diadakan pada 23 Februari 2021 bersamaan hari Selasa. Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah barisan p...
-
Seramai 9 orang anak yatim dari SK Seri Mendapat telah menerima sumbangan daripada seorang warga prihatin. Sumbangan berbentuk wang ringgit ...
-
Program Intelek Asuhan Rohani ( PINTAR 2.0 ) anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Jasin dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan Melaka te...
-
Pada 3 Oktober 2022 bersamaan hari Isnin Penyampaian Hadiah bagi Kempen Amalan Baik tahun 2022 telah diadakan sewaktu perhimpunan pagi. Kali...