Selasa, 16 Mac 2021

TNB CERIA KEMBALI KE SEKOLAH

Seramai 10 orang murid telah terpilih untuk menerima sumbangan kembali ke sekolah bagi tahun 2021. Program ditaja oleh SYARIKAT TNB  BERSAMA EMPIRE PROJECT. Program telah diadakan pada 14 Mac 2021 bersamaan hari Ahad , bertempat di Pasaraya MyDin Mitc Melaka. Majlis bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengah hari.

Setiap murid diberi kupon bernilai RM150 untuk membeli barangan kelengkapan persekolahan. Selain itu , sumbangan barang makanan juga diberikan kepada setiap keluarga murid-murid yang terlibat. 





 






 

Isnin, 8 Mac 2021

PROGRAM SUNTIKAN IMUNISASI TAHUN 1

TARIKH : 8 MAC 2021

HARI     : ISNIN

Seorang doktor dan lima orang jururawat dari Klinik Kesihatan Merlimau telah terlibat dalam program ini. Program bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 11.30 pagi. Seramai 28 daripada 32 orang murid tahun 1 telah menerima suntikan ini. 







Jumaat, 5 Mac 2021

Khamis, 4 Mac 2021

MESYUARAT JK KEPIMPINAN

Mesyuarat Jawatankuasa kepimpinan bil 1 / 2021 telah diadakan pada 4 Mac 2021 bersamaan hari Khamis. Beberapa agenda telah dibincangkan antaranya hala tuju badan kepimpinan sekolah. Peranan dan tugas pemimpin-pemimpin kecil yang dilantik. Mesyuarat juga membincangkan tentang Sistem Sahsiah Diri Murid ( SSDM ).

BIL

NAMA GURU

CATATAN

1

En. Zulkifly bin Mansor

Guru Besar

2

Pn. Maziah binti Mazlan

GPK Pentadbiran

3

En. Zainor Din bin Abu Hasan

GPK HEM

4

En. Amir Hamzah bin Mohd Ali

GPK Kokurikulum

5

Pn. Marlia binti Md Lazan

SU Hem

6

En. Othman Bin Abu

Ketua Guru Disiplin

7

Pn. Sahila Bt. Mohimin

Badan Pengawas

8

En. Mohd. Ishkandar B. Halilan

Bimbingan & Kaunseling

9

Pn. Norhaznimah Bt. Hasan

Pengawas PSS

10

Pn. Nor Mastura Bt. Md. Saad

Pengawas SPBT

11

Pn. Norhanani Bt. Rahman

Guru  Pengawas

12

Pn. Haslina Bt. Hassim

Ketua & Penolong Ketua Kelas

13

Pn. Siti Sawiyah Bt. Abd Gani

Pengawas Kesihatan

                                                               Senarai Ahli Mesyuarat





Rabu, 3 Mac 2021

SUMBANGAN PELITUP MUKA

 3 MAC 2021 / SELASA


Pejabat Pendidikan Daerah Jasin ( PPDJ ) telah menyumbangkan 20 kotak pelitup muka kepada SK Seri Mendapat.  Sumbangan tersebut disampaikan oleh Puan Rafidah mewakili PPD Jasin kepada Guru Besar En Zulkifly Mansur .


   



HARI KETIGA PERSEKOLAHAN

TARIKH   : 3 MAC 2021
HARI        : SELASA

Lawatan Pegawai Perhubungan Sekolah ( PPS )  LKpl Mohd Aezol Ambiad bin Mohd ithnin  bersama Konst Muhammad Syukri bin Patihah dari Balai Polis Merlimau. Lawatan bertujuan meninjau perjalanan sekolah serta memberikan khidmat nasihat berkaitan keselamatan kawasan sekolah.







Selasa, 2 Mac 2021

HARI KEDUA SEKOLAH DIBUKA

 2 Mac 2021 - Selasa

Hari kedua persekolahan berjalan lancar. Murid-murid mengikut SOP yang telah ditetapkan. Pn. Mahfuzah binti Mohd Noh , Pegawai SISC+ ( Unit Pembelajaran ) telah hadir melihat perjalanan masuk murid ke kawasan sekolah pada awal pagi. Beliau juga telah melawat sekitar kawaan sekolah.






Isnin, 1 Mac 2021

PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH


Tarikh                       : 1 Mac 2021 
Hari                          : Isnin
Kelas Terlibat           : Tahun 1 , Tahun 2 dan Kelas Pendidikan Khas 
Pegawai yang hadir  : En. Md Aziz bin Lani 
                                    Ketua Penolong Pengarah Kanan , Sektor
                                    Pendidikan Khas JPN Melaka.



Bacaan suhu murid diambil di pintu pagar dan sanitasi tangan


Barisan pentadbir dan guru menunggu ketibaan murid


Transit sementara sebelum murid masuk ke dalam kelas



En. Md Aziz Lani melihat operasi murid masuk ke dalam kawasan sekolah


Ucapan Guru Besar mengalu-alukan kehadiran murid tahun 1


Murid pra sekolah sedang mendengar taklimat daripada guru



Murid makan dan minum di dalam kelas