Selasa, 16 Mac 2021

TNB CERIA KEMBALI KE SEKOLAH

Seramai 10 orang murid telah terpilih untuk menerima sumbangan kembali ke sekolah bagi tahun 2021. Program ditaja oleh SYARIKAT TNB  BERSAMA EMPIRE PROJECT. Program telah diadakan pada 14 Mac 2021 bersamaan hari Ahad , bertempat di Pasaraya MyDin Mitc Melaka. Majlis bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengah hari.

Setiap murid diberi kupon bernilai RM150 untuk membeli barangan kelengkapan persekolahan. Selain itu , sumbangan barang makanan juga diberikan kepada setiap keluarga murid-murid yang terlibat. 





 






 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan